Monday, 23 March 2015

Tiada Apa Yang Kekal



Ketahuilah bahawa Maaf itu perkara senang untuk diungkap. Namun yg menanggung pedihnya hanya Allah yang tahu. Tangisannya hanya Allah yang dengar. Kekecewaan nya hanya Allah yg memahami. Dalam hati ini masih ada secebis kesedihan yg tak akan pernah hilang tapi masih ada perasaan damai bersama Allah dan kembali kepada Allah. Perlakuan manusia kadangkala kejam, sangat kejam. Tidak di badan mungkin di hati yang mampu meninggalkan detik2 hitam. Di saat engkau meyakini bahawa si dia hanya mencintaimu. Di saat kau menyangka si dia sedang berkorban hati dan perasaannya kerana mu. Namun yang terjadi sebaliknya. Dengan senang si dia meremuk-remukkan kan kesetiaan mu. Namun dengan sekali ucapan "maaf" apa luka di hati boleh sembuh dengan sendirinya?

Tidak. 

Jadi penyembuhnya hanyalah kembali kepada si pencipta. Allah sengaja menghadirkn luka itu melalui perantaraan makhlukNya agar manusia sedar segala cinta dan kesenangan di dunia ini adalah bersifat sementara kerana kasih dan cinta Allah itu lah yang sejati. Manusia mampu menabur janji tanpa rasa bertanggungjawab untuk tepati janji. Tapi janji Allah itu pasti, cuma manusia susah berpegang janjinya pada yang Esa.

Mari kita fikir, adakah sudah kita mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam? jika ya seterusnya, apakah sudah kita solat di awal waktu? jika ya seterusnya, apakah sudah kita mendapat kejayaan dalam solat tersebut? Kalian ada jawapannya, begitu juga saya.

Ini lah nama nya dunia. Dunia dan segala isinya hanyalah tipu daya. Apa kita fikir kita dihidupkan di dunia ini dengan sia-sia? Tidak. ketahuilah. Apa yang kita miliki, hanyalah pinjaman hatta nyawa dan tubuh badan kita juga adalah pinjaman. sampai waktunya, akan di kembalikan kepada Si Pencipta. Jika kita sudah sedar akan kebenaran kehidupan dunia yg sementara, mari kita mengejar kehidupan akhirat yg jauh lebih baik... Di sana, tidak lah seseorang itu mencintai kecuali dia mendapat pasangan yang akan membalas cinta nya tanpa pernah mengkhianatinya. 



Di sini saya selitkan doa Nabi Musa A.S :

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ ( القصص [ 28] : 24 )  

 "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini faqir kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan".(Al-Qasas [28] : 24) 

Mari sama2 kita amalkan doa ini, semoga kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberi dan yang pentingnya, meyakini bahawa semua yang kita miliki adalah kepunyaan Allah hatta hati dan perasaan ini juga, mempunyai pencipta. Jadi, jangan segan untuk meluahkan segalanya kepada Allah. Dia Maha Mendengar dan Dia juga yang mampu menyembuhkan hati ini. InshaaAllah.

No comments:

Post a Comment