Dulu time sekolah menengah aku ambil jurusan Sains Agama, SMK Dato Syed Esa Batu Pahat, Johor.(jual nama sekolah pula). So aku cerita dulu overall budak kelas aku. Yg lelaki semua budak asrama, gegirls je duduk luar. Actually aku tabik sangat budak lelaki kelas aku sebab diorg sangat menjaga gegirls diorg(terharu) *sobsob*tapi kenkadang menyakitkn hati. Most of them Imam remaja. mereka Jaga pergaulan, mereka duduk di bahagian hadapan kelas. Kira nya mereka hebat-hebat belaka, boleh nmpak calon suami soleh nya di situ. (harap you guys tak baca nanti kembang sebesen). kami yg mawar-mawar ad-dien ni duduk di belakang (leher semua serupa zirafah bertudung bila cikgu suruh salin on white board). Gegirls kelas aku kebanyakan nya cantik-cantik, yela gegirls tudung paras siku tak ada yg tak ayu di mata aku, manusia suka Allah pun redha. And they are indeed beauty with brain!
So, squad rapat aku ialah Farahan,Farahin(kembar), Sharifah Ameeza, Hidayah Musa, Dzulhakim & Ridhwan. Kami ni geng tahape2 sikit dalam kelas tu sebab kenkadang ahli squad aku bnyak buat kes. aip bukan kes jenayah ye, kes tak siap kerja sekolah je. huhu. kami duduk dekat-dekat dalam kelas. Akim depan aku. farahan sebelas kiri, dayah musa sbelah farahan, ameeza sbelah kanan aku dan farahin belakang. Topic bualan kami klau melepak, selalu nya rungutan kerja sekolah yg tak berpenghujung. Ustaz selalu sedap kn hati kami dgn ayat power dia "sekarang ni biar lah tak ckup tido, penat, tak ada masa sbb sekarang bukan masa nk rehat-rehat, nak rehat-rehat nanti lepas spm kau nk tido tak bngun2 ke nak main layang-layang ke..."(okay ayat yg last tu selalu terbenti kt situ sbb budak lelaki akan ketawa mcm apa) dan topic tentang masa depan kami. walaupun masing2 kami da tahu semua nak smbung apa lepas SPM.
Actually kami ni tak hebat pun. Tapi kami hari-hari suka berangan mcm ni "nanti lepas SPM kita sambung luar negara, sambung dekat Australia ke, Mesir ke weh". Selalu yg berangan nak smbung luar negara aku, akim dgn dayah musa. Ridhwan nak jadi engineer. aku dgn akim memang suka biology each time kelas bio kami la yg akan beri sepenuh tumpuan dan laluan untuk cikgu Solihah mengajar. Ameeza selalu busy tak ada dekat kelas sbb dia president PRS. tapi dia minat sastera sbb selalu markah BM dia lagi tinggi dari aku, huh! Farahan dan Farahin dari kelas account mereka pindah kelas aku. Farahan dia rajin sikit dari Farahin. Farahin rajin juga, rajin tido! haha.
TikTokTikTok keisha pun da nyanyi... kami telah pun meneruskan ke haluan masing2.. Dan kesah 2 tahun lepas masih terbayang dalam ingatan aku. Hidayah Musa dah pun fly ke Moscow, Russia sambung Dr. Neurologist nya. Alhamdulillah da la cantik, pandai pula tu bertuah aku jadi kawan dia. semoga Allah sentiasa menjaga mu di sana sahabat ku. Akim dan Ridhwan masih di matrikulasi. Alhamdulillah pointer mereka melambung lambung tinggi nya masa semesti 1. lagi 0.1 nak 4flat. aku doa kan kalian 4flat untuk semester 2 ni amin... semoga wan akan meneruskn cita2 nya sebagai seorg engineer. Dan akim, semestinya seorang Doctor! Ameeza sambung ting 6 dalam jurusan sastera, ameeza adik beradik ramai so dia tak boleh berjauhan dari family, kena jaga adik2. Tak apa aku doa kan yg terbaik untuk engkau dan keluarga kau, semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu. Farahin pula. Haaa yg ni agak kelako sikit sebab dia ni jenis "persetankan semua". percaya tak caya, farahin bakal jadi ustazah dlm jurusan syariah. hahaha aku tgh type pun rasa nk ketawa. bnyak2 subject form 6, syariah dia boleh dapat A. haha alhamdulillah ustazah farahin kita. Farahan pula sambung account di KUIM sama tempat dgn aku. Tapi aku sambung Biotechnology.
Berapa minggu lepas, akim whatsapp aku "Dayah musa da fly, kita bila lagi dayah?". HAHA tersengih aku baca. tak sangka rezeki dayah musa da dtg dlu. aku reply "inshaaAllah weh".. tiba2 dia balas "kau rasa mustahil ke tak mustahil lagi weh". dengan laju nya aku reply "mesti la tak mustahil, yang penting kita terus berangan dan kita kerja keras untuk jaya kan angan-angan kita".... Oh lupa pula nak bagitau, aku suka haiwan. suka sangat. dan aku teringin nak jadi doctor haiwan. Aku yakin masih belum terlambat untuk aku kejar cita-cita aku.
Aku bangga dgn kawan-kawan aku semua nya. Belum cerita yg dlm kelas tu, kadir sambung UIA, sebahagiaan besar matrikulasi, ada yg masuk UITM dan sambung form 6. kira nya semua berjaya alhamdulillah. So apa aku nak pesan, kalian berangan la tinggi2. sebenarnya aku dgn akim tahu cita2 kami untuk belajar luar negara hanya 50/50 je sbb biology pun tak pernah dapat A. HAHA. Tpi keazaman, dan doa dan yakin bahawa Allah nak bagi rezeki tak ada siapa boleh tolak. Yang penting usaha , kerja keras dan doa. Haih rindu pula dekat depa ni. semoga Allah selalu menjaga kalian, wahai 7 bersahabat :')
Nur Hidayah Binti Haridzulzain